Facebook Page Using Smartphone (Part 2)

19 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Facebook Page (Part 2)” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Pembelajaran kali ini merupakan sambungan bagi pembejaran yang lepas. Kali ini bersama usahawan-usahawan yang mendaftar sebagai usahawan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Pada kali ini, para usahawan belajar cara-cara untuk memasukkan maklumat produk yang di jual ke dalam “Shop Facebook Page”. Melalui Facebook Page para usahawan boleh memudahkan pelanggan dengan memasukkan maklumat produk seperti kegunaan produk, kebaikan produk dan harga produk ke dalam “Shop Facebook Page”. Di samping itu, para usahawan juga boleh menjana idea bagi membuat “copywriting” yang boleh memikat pelanggan untuk membeli produk yang mereka jual. Tahniah kepada usahawan yang konsistan menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan bagi pembelajaran berkaitan ICT dan keusahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali